Monday, 5 January 2015

Taman Alam Kuala Selangor


Bila pergi?

14 Dec 2014. Masa dalam perjalanan naik trem ke Taman Ikan Air Tawar, ternampak taman ini yang bersebelahan dengan Taman Ikan Air Tawar. Along nak sangat pergi sini. Plan lepas check out dari hotel nanti singgah sini untuk tengok apa yang menarik di sini.

Kat mana tu?

Masih lagi di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Berhampiran dengan Bukit Melawati dan Taman Ikan Air Tawar.

Berapa kena bayar?

Masuk sini dikenakan bayaran. Dewasa RM3.00 manakala kanak2 bawah 12 tahun RM1.00.

Bayaran masuk untuk pemuliharaan.

Kaunter tiket.


Ada apa kat sana?

Taman Alam Kuala Selangor adalah taman rekreasi alam semulajadi. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan persekitaran semulajadi boleh dilakukan di sini seperti, jungle tracking, melihat flora dan fauna, melihat pemandangan, birds watching dan sebagainya. Di sini terdapat denai untuk tracking, titian bakau, titian tali dan menara tinjau. Taman ini agak luas merangkumi laluan darat, tasik dan kawasan paya bakau. Kemudahan yang disediakan di sini seperti chalet, hostel tandas, wakaf dan tapak perkhemahan. Sangat sesuai bagi pengunjung yang gemar berrekreasi dan pencinta alam semulajadi.

Pintu masuk Taman Alam. Tengok tu... Ulu kerisnya dah hilang.

Peta kawasan Taman Alam Kuala Selangor.

Pejabat pengurusan taman.

Tembok batu Taman Alam.

Denai untuk tracking di sini.

Butiran tentang pokok2 yang ada di sini.

Monyet yang hidup liar di Taman Alam.

Best ke tak best?

Selepas check out dari hotel singgah makan tengahari kemudian terus datang sini. Sebenarnya tak tahu apa yang ada kat sini. Masa kami sampai ada 1 kereta jer yang ada kat tempat parking. Macam takde orang jer tempat nie. Alang2 sampai masuk jugalah. Terkejut gak bila dikenakan bayaran. Tapi tak mahal pun. Kami pun bersiar2 di kawasan sekitarnya. Kawasan taman nie luas sangat. Ingat nak berjalan sampai ke tasik. Tetapi disebabkan nyamuk banyak sangat, kami tak jadi berjalan ke dalam sangat. Lagi pun tengah bawa anak kecil. Tak kan nak bawa masuk hutan. Kami tak lama pun kat sini sebab nyamuk dah menyerang. Persekitaran tempat ini kurang dijaga dan kurang jaminan keselamatan. Mungkin kurang sesuai untuk kami.

Taman Ikan Air Tawar


Bila pergi?

14 Dec 2014. Trem yang membawa kami turun dari Bukit Melawati singgah di Taman Ikan Air Tawar, kami ambil kesempatan untuk turun di sini bagi melihat2 apa yang ada kat sini.

Kat mana tu?

Masih lagi di Kuala Selangor, Selangor. Tidak jauh dari bukit Melawati dan boleh dikatakan di kaki Bukit Melawati.

Kena bayar berapa?

Masuk percuma. Boleh datang terus ke sini dengan kereta atau naik trem selepas mengunjungi Bukit Melawati.

Ada apa kat sana?

Di sini adalah tempat pameran ikan air tawar. Mungkin satu2 nya di Malaysia. Terdapat banyak akurium dan kolam bagi memelihara pelbagai spesis ikan air tawar. Di sini juga terdapat Galeri Taman Ikan Air Tawar yang mempamerkan segala2 yang berkaitan dengan ikan air tawar seperti jenis2 ikan, habitat, alat2 menangkap ikan air tawar dan sebagainya. Sesiapa yang tak pernah tengok bubu dan lukah boleh tengok kat sini. Terdapat juga kolam ternakan ikan dan sangkar burung di sini. Pengujung boleh belajar dan mengetahui segala2 tentang ikan air tawar di sini.

Lukisan dinding yang terdapat di sini.

Pintu masuk Galeri Taman Ikan Air Tawar.

Alat2 tradisional menangkap ikan air tawar yang dipamerkan.

Gambar ikan2 air tawar.

Jenis2 ikan air tawar yang terdapat di Malaysia.

Kolam ikan keli yang nampak tidak kemas.

Akuarium utama di sini.

Iqa bermain2 dengan ikan.

Antara sangkar burung yang terdapat sini.

Ikan kelisa yang besar dipelihara di sini.

Best ke tak best?

Kami datang ke sini menggunakan term selepas mengunjungi Bukit Melawati. Taman Ikan Air Tawar adalah salah satu dari tempat perhentian trem Bukit Melawati. Kami ambil kesempatan untuk turun bagi melihat2 apa yang menarik di sini. Semasa kami datang pengunjung tidak ramai. Persekitaran tempat ini biasa sahaja tiada yang menarik dari segi lanskap atau decoration. Kami terus menuju ke akurium utama. Airnya agak kelam sedikit. Kemudian kami masuk ke dalam Galeri Taman Ikan Air Tawar yang menempatkan apa2 yang berkaitan dengan ikan air tawar. Yang menarik perhatian ialah alat2 tradisional untuk menangkap ikan air tawar dan gambar pelbagai spesis ikan air tawar. Di sini juga terdapat kolam2 ikan tetapi macam tidak diselenggara dengan baik. Turut dipelihara di sini adalah burung2 yang ditempatkan di dalam sangkar besar. Sebelum beredar kami singgah membeli cenderamata buat kenangan. Temapt ini boleh diperbaiki dan diindahkan lagi untuk lebih menarik pengunjung.