Bila pergi?
14 Dec 2014. Trem yang membawa kami turun dari Bukit Melawati singgah di Taman Ikan Air Tawar, kami ambil kesempatan untuk turun di sini bagi melihat2 apa yang ada kat sini.
Kat mana tu?
Masih lagi di Kuala Selangor, Selangor. Tidak jauh dari bukit Melawati dan boleh dikatakan di kaki Bukit Melawati.
Kena bayar berapa?
Masuk percuma. Boleh datang terus ke sini dengan kereta atau naik trem selepas mengunjungi Bukit Melawati.
Ada apa kat sana?
Di sini adalah tempat pameran ikan air tawar. Mungkin satu2 nya di Malaysia. Terdapat banyak akurium dan kolam bagi memelihara pelbagai spesis ikan air tawar. Di sini juga terdapat Galeri Taman Ikan Air Tawar yang mempamerkan segala2 yang berkaitan dengan ikan air tawar seperti jenis2 ikan, habitat, alat2 menangkap ikan air tawar dan sebagainya. Sesiapa yang tak pernah tengok bubu dan lukah boleh tengok kat sini. Terdapat juga kolam ternakan ikan dan sangkar burung di sini. Pengujung boleh belajar dan mengetahui segala2 tentang ikan air tawar di sini.
Lukisan dinding yang terdapat di sini.
Pintu masuk Galeri Taman Ikan Air Tawar.
Alat2 tradisional menangkap ikan air tawar yang dipamerkan.
Gambar ikan2 air tawar.
Jenis2 ikan air tawar yang terdapat di Malaysia.
Kolam ikan keli yang nampak tidak kemas.
Akuarium utama di sini.
Iqa bermain2 dengan ikan.
Antara sangkar burung yang terdapat sini.
Ikan kelisa yang besar dipelihara di sini.
Best ke tak best?
Kami datang ke sini menggunakan term selepas mengunjungi Bukit Melawati. Taman Ikan Air Tawar adalah salah satu dari tempat perhentian trem Bukit Melawati. Kami ambil kesempatan untuk turun bagi melihat2 apa yang menarik di sini. Semasa kami datang pengunjung tidak ramai. Persekitaran tempat ini biasa sahaja tiada yang menarik dari segi lanskap atau decoration. Kami terus menuju ke akurium utama. Airnya agak kelam sedikit. Kemudian kami masuk ke dalam Galeri Taman Ikan Air Tawar yang menempatkan apa2 yang berkaitan dengan ikan air tawar. Yang menarik perhatian ialah alat2 tradisional untuk menangkap ikan air tawar dan gambar pelbagai spesis ikan air tawar. Di sini juga terdapat kolam2 ikan tetapi macam tidak diselenggara dengan baik. Turut dipelihara di sini adalah burung2 yang ditempatkan di dalam sangkar besar. Sebelum beredar kami singgah membeli cenderamata buat kenangan. Temapt ini boleh diperbaiki dan diindahkan lagi untuk lebih menarik pengunjung.
No comments:
Post a Comment