Wednesday, 31 December 2014

Bukit Melawati


Bila pergi?

14 Dec 2014. Hari sebelumnya kami pergi ke kenduri kahwin kawan di Sekinchan. Balik dari sana dah petang. Ingat nak bermalam kat sana tapi tak tahu kat mana tempat yang menarik di Sekinchan. Tukar plan pergi bermalam di Kuala Selangor dan memang nak naik Bukit Melawati.

Kat mane tu?

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Berapa kena bayar?

Free jer kalau nak naik bukit nie. Hari biasa boleh bawa kereta naik sampai atas dan berjalan kaki kalau laratlah. Hujung minggu tak boleh bawa kereta tetapi disediakan trem untuk menghantar pungunjung naik Bukit Melawati. Tambang cuma RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 untuk kanak2. Bagi yang nak exercise boleh berjalan kaki.

Beli tiket trem kat sini.

Trem yang digunakan untuk menghantar pengunjung naik Bukit Melawati.

Ada apa kat sana?

Bukit Melawati adalah tapak peninggalan sejarah kerajaan negeri Selangor. Di masa dulu, tempat ini menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan sebagai kubu pertahanan untuk menangkis serangan pihak luar. Peninggalan sejarah yang terdapat di sini adalah seperti meriam, batu2, perigi dan sebagainya. Di sini juga dibina Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor yang mempamerkan bahan2 tentang sejarah negeri Selangor. Di atas Bukit Melawati juga terdapat rumah api yang menjadi petunjuk bagi kapal2 yang melalui Selat Melaka. Setiap kali menentukan tarikh hari raya puasa atau raya haji, Bukit Melawati pasti menjadi tumpuan kerana di sini dibina Baitul Hilal sebagai balai cerap untuk melihat anak bulan.

Pintu gerbang Bukit Melawati.

Peta kawasan Bukit Melawati.

Monyet2 setia menanti pengunjung di sini.

Rumah api Bukit Melawati.

Muzium Sejarah Kuala Selangor. Jom masuk.

Sedia untuk menembak. Antara meriam yang terdapat di sini.


Sejarah Kuala Selangor.

Sejarah Sultan Abdul Samad.

Tempat mencerap anak bulan.

Kota Melawati.

Best ke tak best?

Kami sampai di kaki Bukit Melawati di sebelah pagi. Sebelum itu kami menginap di hotel yang berdekatan. Betul2 di hadapan pintu masuk Bukit Melawati. Dari hotel jalan kaki jer ke sana. Beli tiket trem, tunggu sekejap trem pun sampai. Dah penuh dengan penumpang barulah trem bergerak naik Bukit Melawati. Jalannya tak luas sangat, muat2 satu kenderaan sahaja. Lagi pun jalannya 1 way. Ramai jugalah yang berjalan kaki. Penat mendaki tu sebab bukit ni tinggi juga.Sampai jer kat atas, kami disambut oleh sekumpulan monyet. Monyet2 kat sini jinak2 tapi takut juga nak dekat. Di atas Bukit Melawati banyak peninggalan sejarah kerajaan Selangor. Banyak meriam yang ditempatkan di sini menghala ke laut. Dari atas bukit ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan yang indah. Kami hanya berjalan2 dan bergambar saja di sana. Tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi oleh semua pencinta sejarah.

Gambar famili di atas trem. 

Di atas Bukit Melawati.

Berlatarbelakangkan Rumah api.

No comments:

Post a Comment