Monday, 5 January 2015

Taman Alam Kuala Selangor


Bila pergi?

14 Dec 2014. Masa dalam perjalanan naik trem ke Taman Ikan Air Tawar, ternampak taman ini yang bersebelahan dengan Taman Ikan Air Tawar. Along nak sangat pergi sini. Plan lepas check out dari hotel nanti singgah sini untuk tengok apa yang menarik di sini.

Kat mana tu?

Masih lagi di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Berhampiran dengan Bukit Melawati dan Taman Ikan Air Tawar.

Berapa kena bayar?

Masuk sini dikenakan bayaran. Dewasa RM3.00 manakala kanak2 bawah 12 tahun RM1.00.

Bayaran masuk untuk pemuliharaan.

Kaunter tiket.


Ada apa kat sana?

Taman Alam Kuala Selangor adalah taman rekreasi alam semulajadi. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan persekitaran semulajadi boleh dilakukan di sini seperti, jungle tracking, melihat flora dan fauna, melihat pemandangan, birds watching dan sebagainya. Di sini terdapat denai untuk tracking, titian bakau, titian tali dan menara tinjau. Taman ini agak luas merangkumi laluan darat, tasik dan kawasan paya bakau. Kemudahan yang disediakan di sini seperti chalet, hostel tandas, wakaf dan tapak perkhemahan. Sangat sesuai bagi pengunjung yang gemar berrekreasi dan pencinta alam semulajadi.

Pintu masuk Taman Alam. Tengok tu... Ulu kerisnya dah hilang.

Peta kawasan Taman Alam Kuala Selangor.

Pejabat pengurusan taman.

Tembok batu Taman Alam.

Denai untuk tracking di sini.

Butiran tentang pokok2 yang ada di sini.

Monyet yang hidup liar di Taman Alam.

Best ke tak best?

Selepas check out dari hotel singgah makan tengahari kemudian terus datang sini. Sebenarnya tak tahu apa yang ada kat sini. Masa kami sampai ada 1 kereta jer yang ada kat tempat parking. Macam takde orang jer tempat nie. Alang2 sampai masuk jugalah. Terkejut gak bila dikenakan bayaran. Tapi tak mahal pun. Kami pun bersiar2 di kawasan sekitarnya. Kawasan taman nie luas sangat. Ingat nak berjalan sampai ke tasik. Tetapi disebabkan nyamuk banyak sangat, kami tak jadi berjalan ke dalam sangat. Lagi pun tengah bawa anak kecil. Tak kan nak bawa masuk hutan. Kami tak lama pun kat sini sebab nyamuk dah menyerang. Persekitaran tempat ini kurang dijaga dan kurang jaminan keselamatan. Mungkin kurang sesuai untuk kami.

Taman Ikan Air Tawar


Bila pergi?

14 Dec 2014. Trem yang membawa kami turun dari Bukit Melawati singgah di Taman Ikan Air Tawar, kami ambil kesempatan untuk turun di sini bagi melihat2 apa yang ada kat sini.

Kat mana tu?

Masih lagi di Kuala Selangor, Selangor. Tidak jauh dari bukit Melawati dan boleh dikatakan di kaki Bukit Melawati.

Kena bayar berapa?

Masuk percuma. Boleh datang terus ke sini dengan kereta atau naik trem selepas mengunjungi Bukit Melawati.

Ada apa kat sana?

Di sini adalah tempat pameran ikan air tawar. Mungkin satu2 nya di Malaysia. Terdapat banyak akurium dan kolam bagi memelihara pelbagai spesis ikan air tawar. Di sini juga terdapat Galeri Taman Ikan Air Tawar yang mempamerkan segala2 yang berkaitan dengan ikan air tawar seperti jenis2 ikan, habitat, alat2 menangkap ikan air tawar dan sebagainya. Sesiapa yang tak pernah tengok bubu dan lukah boleh tengok kat sini. Terdapat juga kolam ternakan ikan dan sangkar burung di sini. Pengujung boleh belajar dan mengetahui segala2 tentang ikan air tawar di sini.

Lukisan dinding yang terdapat di sini.

Pintu masuk Galeri Taman Ikan Air Tawar.

Alat2 tradisional menangkap ikan air tawar yang dipamerkan.

Gambar ikan2 air tawar.

Jenis2 ikan air tawar yang terdapat di Malaysia.

Kolam ikan keli yang nampak tidak kemas.

Akuarium utama di sini.

Iqa bermain2 dengan ikan.

Antara sangkar burung yang terdapat sini.

Ikan kelisa yang besar dipelihara di sini.

Best ke tak best?

Kami datang ke sini menggunakan term selepas mengunjungi Bukit Melawati. Taman Ikan Air Tawar adalah salah satu dari tempat perhentian trem Bukit Melawati. Kami ambil kesempatan untuk turun bagi melihat2 apa yang menarik di sini. Semasa kami datang pengunjung tidak ramai. Persekitaran tempat ini biasa sahaja tiada yang menarik dari segi lanskap atau decoration. Kami terus menuju ke akurium utama. Airnya agak kelam sedikit. Kemudian kami masuk ke dalam Galeri Taman Ikan Air Tawar yang menempatkan apa2 yang berkaitan dengan ikan air tawar. Yang menarik perhatian ialah alat2 tradisional untuk menangkap ikan air tawar dan gambar pelbagai spesis ikan air tawar. Di sini juga terdapat kolam2 ikan tetapi macam tidak diselenggara dengan baik. Turut dipelihara di sini adalah burung2 yang ditempatkan di dalam sangkar besar. Sebelum beredar kami singgah membeli cenderamata buat kenangan. Temapt ini boleh diperbaiki dan diindahkan lagi untuk lebih menarik pengunjung.

Wednesday, 31 December 2014

Bukit Melawati


Bila pergi?

14 Dec 2014. Hari sebelumnya kami pergi ke kenduri kahwin kawan di Sekinchan. Balik dari sana dah petang. Ingat nak bermalam kat sana tapi tak tahu kat mana tempat yang menarik di Sekinchan. Tukar plan pergi bermalam di Kuala Selangor dan memang nak naik Bukit Melawati.

Kat mane tu?

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Berapa kena bayar?

Free jer kalau nak naik bukit nie. Hari biasa boleh bawa kereta naik sampai atas dan berjalan kaki kalau laratlah. Hujung minggu tak boleh bawa kereta tetapi disediakan trem untuk menghantar pungunjung naik Bukit Melawati. Tambang cuma RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 untuk kanak2. Bagi yang nak exercise boleh berjalan kaki.

Beli tiket trem kat sini.

Trem yang digunakan untuk menghantar pengunjung naik Bukit Melawati.

Ada apa kat sana?

Bukit Melawati adalah tapak peninggalan sejarah kerajaan negeri Selangor. Di masa dulu, tempat ini menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan sebagai kubu pertahanan untuk menangkis serangan pihak luar. Peninggalan sejarah yang terdapat di sini adalah seperti meriam, batu2, perigi dan sebagainya. Di sini juga dibina Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor yang mempamerkan bahan2 tentang sejarah negeri Selangor. Di atas Bukit Melawati juga terdapat rumah api yang menjadi petunjuk bagi kapal2 yang melalui Selat Melaka. Setiap kali menentukan tarikh hari raya puasa atau raya haji, Bukit Melawati pasti menjadi tumpuan kerana di sini dibina Baitul Hilal sebagai balai cerap untuk melihat anak bulan.

Pintu gerbang Bukit Melawati.

Peta kawasan Bukit Melawati.

Monyet2 setia menanti pengunjung di sini.

Rumah api Bukit Melawati.

Muzium Sejarah Kuala Selangor. Jom masuk.

Sedia untuk menembak. Antara meriam yang terdapat di sini.


Sejarah Kuala Selangor.

Sejarah Sultan Abdul Samad.

Tempat mencerap anak bulan.

Kota Melawati.

Best ke tak best?

Kami sampai di kaki Bukit Melawati di sebelah pagi. Sebelum itu kami menginap di hotel yang berdekatan. Betul2 di hadapan pintu masuk Bukit Melawati. Dari hotel jalan kaki jer ke sana. Beli tiket trem, tunggu sekejap trem pun sampai. Dah penuh dengan penumpang barulah trem bergerak naik Bukit Melawati. Jalannya tak luas sangat, muat2 satu kenderaan sahaja. Lagi pun jalannya 1 way. Ramai jugalah yang berjalan kaki. Penat mendaki tu sebab bukit ni tinggi juga.Sampai jer kat atas, kami disambut oleh sekumpulan monyet. Monyet2 kat sini jinak2 tapi takut juga nak dekat. Di atas Bukit Melawati banyak peninggalan sejarah kerajaan Selangor. Banyak meriam yang ditempatkan di sini menghala ke laut. Dari atas bukit ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan yang indah. Kami hanya berjalan2 dan bergambar saja di sana. Tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi oleh semua pencinta sejarah.

Gambar famili di atas trem. 

Di atas Bukit Melawati.

Berlatarbelakangkan Rumah api.

Monday, 29 December 2014

Petrosains KLCC


Bila pergi?

7 Dec 2014. Hari Ahad. Takde plan nak pergi mana2 pun. Sampai KL baru terlintas nak pergi KLCC. Jalan2 kat KLCC pastu naik atas. Tengok ramai orang beratur. Macam best jer tempat nie. Tanya2 kat kaunter tiket pastu beli terus tiket nak masuk.

Kat mane tu?

Petrosains terletak di tingkat 4 Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Berapa kena bayar?

Kami bayar RM30.00 aje untuk family package (2 dewasa & 2 kanak2) Tiket dewasa RM18.00, Remaja RM10.00 kanak2 RM5.00 & orang tua RM8.00. Murah kan.

Ada apa kat sana?

Pameran tentang sains. Bukan sekadar pameran, pengunjung dihidangkan dengan bermacam2 permainan interaktif, tayangan video dan bunyi-bunyian, 3D dan macam2 lagi. Dimulakan dengan naik gondola melalui medium Dark Ride untuk tayangan video transformasi ke arah dunia millennium. Seterusnya bahagian tenaga, angkasa, dinasaur, projek sains, plantar minyak, F1, muzik, teater 3D dan lain2 lagi. Memang seronok bawa anak2 ke sini.

Angah mencuba tempat tidur angkasawan.

Jaga2 kat belakang tu..

Di pelantar minyak.

Bakal pemandu F1 negara.

Bermain2 dengan rama2.

Best ke tak best?

Mulanya bila tengok orang beratur panjang masa nak masuk, give up gak nak masuk Petrosains ni. Bila tanya kat kaunter tiket pukul berapa boleh masuk, dia bagitau pukul 4.30 ptg. Masa beli tiket pukul 3 ptg. Lamanya nak tunggu. Tapi... Alhamdulillah dapat gak masuk untuk pukul 3.30 petang sebab ada orang cancel tiket. Sementara menunggu pergi jalan2 dalam KLCC. Tapi beratur menunggu nak masuk lama sangat. Pukul 4 lebih baru dapat masuk... Sama gak masanya. Tunggu naik gondola yang lama sangat. Sepatutnya tak naik gondola lagi elok. banyak buang masa kat sini. Dah masuk ke dalam lagi... tempat ini memang menyeronokan terutama bagi kanak2. Selain melihat pameran, kita boleh mencuba permainan yang disediakan. Tempat ini luas dan banyak bahan pameran. Kena datang awal baru boleh explore keseluruhannya. Memang best! dan berbaloi.

Beratur lama sangat nak masuk ke dalam.

Teka sape yang pakai sut angkasawan nie.

Seronok Along mencuba permainan sains di sini.

Thia pun suka kat sini.

Angah buat projek sains aper tu?

Monday, 22 December 2014

Happy Bee Farm


Bila pergi?

6 Dec 2014. Kami pergi ke sini selepas balik dari Mini Cameron Highlands. Nampak macam menarik jer tempat nie.

Kat mana tu?

Lokasinya di Genting Highlands, Pahang. Tak jauh dari Mini Cameron Highlands. Kalau nak turun dari Genting ke Lebuhraya Karak, Happy Bee Farm terletak di sebelah kiri.

Berapa kena bayar?

Dewasa RM16.00. Manakala kanak2 RM12.00. Mahal ke tak mahal? Berbaloi ke tak berbaloi? Bagi kami mahal & tak berbaloi.

Ada apa kat sana?

Kalau sebut jer Happy Bee Farm, mestilah ia ladang ternakan lebah. Tempat nie terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Happy Bee Farm, Butterfly Wonderland dan Insect World. Happy Bee Farm lebih kepada jenis2 lebah, penternakan lebah, produk dari lebah iaitu madu dan sebagainya. Butterfly Wonderland pula adalah mini taman rama2. Terdapat pelbagai rama2 yang bela dan dibiak di sini. Manakala Insect World pula lebih kepada galeri serangga yang diawet dari seluruh dunia. Dari serangga kecil hingga yang besar. Ditunjukkan juga kaedah mengawet serangga di dalam makmal. Di sini terdapat juga kafe dan kedai yang menjual pelbagai cenderamata serta madu lebah. Madu lebah yang dijual di sini harganya agak mahal dan mengikut kualiti madu yang terhasil.

Air terjun buatan yang menyamankan.

Di ruang pameran Happy Bee Farm. Lebah2 kat sini tidak membahaya.

Di taman rama2. Tapi rama2 nya tidaklah banyak sangat.

Along & Angah berposing di Butterfly Wonderland.

Ikan berwarna emas yang dipelihara di sini.

Masih lagi di Butterfly Wonderland

Antara rama2 yang dibiak di sini. Nampak tak rama2 tu?

Replika serangga gergasi. Kumbang & Ladybird.

Koleksi serangga dari seluruh dunia yang ada di Insect World.

Best ke tak best?

Apabila kami sampai di sini dan melihat persekitaran tempat nie agak menarik. Tetapi tak ramai pengunjung. Yang ada hanya 3 buah kereta termasuk kereta kami. Setelah membayar harga tiket dan masuk ke dalam Happy Bee Farm nie, tengok tempat nie macam biasa2 jer. Tiada yang mengujakan. Happy Bee Farm tidaklah sebesar mana. Bahan pamerannya tidaklah banyak. Semuanya berkaitan dengan lebah. Kemudian kami melangkah ke Butterfly Wonderland yang bersebelahan. Tidak begitu besar juga. Dah macam mini taman rama2. Tak banyak rama2 di sini. Yang tak best nya bau baja bunga terlalu kuat menusuk hidung. Seterusnya masuk ke Insect World. Tempat pameran koleksi serangga yang diawet dari seluruh dunia. Takde apa yang menarik pun.

Dah... Jom balik.