Tuesday 16 December 2014

Farm In the City



Pergi bila?

30 Nov 2014. Terdetik nak bawa anak2 jalan2 kat sini selepas tengok rancangan Zoomers yang lokasi pengambarannya dibuat di sini.

Kat mana tu?

Farm In the City terletak di Seri Kembangan, Selangor. Mungkin ramai yang tak perasan dengan kewujudan petting zoo ini. Ia terletak di belakang Giant Seri Kembangan.

Berapa kena bayar?

Bayarannya berpatutan jugalah. RM109.00 untuk pakej keluarga (2 orang Dewasa dan 2 orang kanak2). Termasuk 2 tiket menunggang kuda pony, diskaun RM10.00 untuk set makanan dan diskaun RM5.00 untuk cendramata dengan pembelian RM30.00 ke atas serta 2 keping sijil kehadiran untuk anak2. Berbaloikan.

Gambar keluarga berhampiran kaunter tiket.

Ada apa kat sana?

Farm In The City boleh dianggap sebagai petting zoo yang bersuasana kampung walaupun terletak di kawasan bandar. Di sana terdapat pelbagai jenis haiwan yang lebih kepada haiwan peliharaan, haiwan ternakan dan sebilangan kecil haiwan liar. Ladang ini turut ditanam dengan pokok buah-buahan tropika. Ladang ini dibahagi kepada 11 habitat iaitu Mood's Lake, Turtle & Tortoise Farm, Bird Aviary, Reptile Cavern, Rabbit Farm, Pets Village, Jungle Walk, Vegetable & Fruit Farm, Savannah,
Longkang Fishing dan Kampong Mahmood. Selain melihat pelbagai haiwan dengan lebih dekat, pengunjung boleh memberi makanan kepada haiwan2 di sana. Semua makanan disediakan oleh pengurusan ladang.


 Sebahagian haiwan yang terdapat di Farm In The City


Haiwan2 lain yang terdapat di sana.

Salah satu aktiviti di sana iaitu memberi haiwan makan

Sessi fotografi

Best ke tak best?

Mencari lokasi Farm In The City tak lah susah sangat. Namun masa sampai jer kat sana. Rasa macam teruk jer tempat tu. Dengan kawasan parkingnya kecil dan berlopak2 serta berlumpur. Pusing2 punya pusing2, parking kat dalam dah penuh. terpaksa parking kat luar jer. Tepi jalan jer. Tapi ada anggota RELA yang jaga. Dah masuk terus ke kaunter tiket. Bayarannya agak mahal gak ler. Tapi ambik pakej famili berbaloi ler sikit. Kawasan dalam ladang agak kelam ditambah ketika itu cuaca mendung. Macam masuk ladang biasa jer. Tapi semua itu berubah apabila kami dah mula menjelajah lebih dalam. Anak2 seronok melihat binatang2 yang ada. Bukan hanya dapat lihat saja, boleh pegang, dan bagi makan. Walau pun petting zoo ini tidak luas tapi banyak juga ler haiwan yang ada kat sana. Aktiviti yang menyeronokkan anak2 ialah memberi arnab makan dan tangkap ikan dalam longkang. Puas dan seronok mereka kat sana. Makanan yang dijual di kafterianya pun sedap juga. Kami makan set nasi goreng. Kegembiraan dan keseronokkan sepanjang berada di sana memadamkan segala kekurangan ketika mula kami masuk. Best!

Along seronok naik kuda pony. Dapat 2 kali lak tu.

Tangkap ikan dalam longkang. Kalau tangguk tu besar sikit... insya'allah dapat ikan.


Nyummm... enak.. nasi goreng.

Sijil untuk kanak2 dari Farm In The City.


No comments:

Post a Comment