Pergi bila?
26 Oct 2014. Kami mengadakan family gathering di sana.
Kat mana tu?
Lost World of Tambun terletak di Ipoh, Perak. Kalau nak gi sana, ikut highway Plus ke Utara kemudian keluar ikut susur keluar Ipoh. Tidak jauh dari bandar Ipoh.
Berapa kena bayar?
Dewasa RM45.00. Kanak2 bawah 12 tahun RM38.70. Kanak2 bawah 90cm tak kena bayar. Semua urusan tiket diurusan oleh adik selaku urusetia.
Ada apa kat sana?
Lost World of Tambun adalah taman tema utk seisi keluarga. Tarikan yang ada kat sana ialah Amusement Park, Water Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Tin Valley, Hot Springs & Spa dan Lupe’s Adventure. Mandi manda adalah aktiviti yang paling menyeronokkan.
Kunjungan kami disambut oleh pahlawan2 dari lost world.
Sungai buatan yang terpanjang di Asia Tenggara.
Nenek Kebayan yang menghantui anak2.
Best ke tak best?
Walaupun kawasannya tak besar dan permainannaya tidak sebanyak Sunway Lagoon, kami sekeluarga seronok bercuti di sana. Mandi manda sambil beramah mesra dengan ahli keluarga yang lain. Mandi di pantai dan hot spring, bermain gelongsor air, bersiar2 menaiki tren dan melihat hidupan liar sangat mengujakan anak2. Sanpai diajak balik pun tak nak.
Yang tak best nya... makanan dan minuman tak boleh bawa masuk. Dah ler minuman dan makanan yang dijual di dalam sangat mahal. Air mineral kecil dijual dengan harga RM4.00.
Isha dan Iqa bersama replika kucing gergasi.
Gambar kenangan keluarga di hadapan pintu masuk. Si kecil tak ikut sebab dia ada di kampung.
Bersiar2 menaiki tren.
Berendam di kolam air panas.
No comments:
Post a Comment